Green Transportation (Pengangkutan Mesra Alam) merupakan salah satu daripada 10 prinsip yang terdapat dalam mewujudkan New Urbanism. Green Transportation merujuk kepada sebarang jenis pengangkutan yang mempunyai kesan yang rendah terhadap alam sekitar termasuk aktiviti berjalan kaki dan berbasikal, transit berorientasikan pembangunan contohnya sistem transit ringan (LRT), bas dan keretapi (KTM) dan perkongsian kereta. Kaedah-kaedah yang diamalkan dalam pengangkutan mesra alam ini secara tidak langsung mempromosikan gaya hidup sihat dan mengelakkan daripada wujudnya masalah pencemaran.Namun begitu,kaedah-kaedah tersebut kurang menarik perhatian orang ramai dan tidak hairanlah kenapa bandar-bandar membangun menghadapi masalah pencemaran udara dan kesesakan jalan raya akibat daripada tidak mengamalkan pengangkutan mesra alam.
Daripada pemerhatian yang dilakukan,terdapat beberapa contoh pengangkutan yang boleh digunakan bagi mewujudkan persekitaran yang sihat:-

Penggunaan sistem transit ringan (LRT) di kawasan perumahan
Aktiviti berbasikal dan berjalan kaki dianggap sebagai salah satu langkah bagi mewujudkan kehidupan yang lebih sihat. Berbasikal dan berjalan kaki merupakan pilihan yang bijak sekiranya destinasi berada dalam lingkungan 1 kilometer. Dengan ini secara tidak langsung juga kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dan kehidupan hijau dapat dicapai.