Sunday, July 25, 2010

PRINSIP NEW URBANISM -GREEN TRANSPORTATION-

Green Transportation (Pengangkutan Mesra Alam) merupakan salah satu daripada 10 prinsip yang terdapat dalam mewujudkan New Urbanism. Green Transportation merujuk kepada sebarang jenis pengangkutan yang mempunyai kesan yang rendah terhadap alam sekitar termasuk aktiviti berjalan kaki dan berbasikal, transit berorientasikan pembangunan contohnya sistem transit ringan (LRT), bas dan keretapi (KTM) dan perkongsian kereta. Kaedah-kaedah yang diamalkan dalam pengangkutan mesra alam ini secara tidak langsung mempromosikan gaya hidup sihat dan mengelakkan daripada wujudnya masalah pencemaran.Namun begitu,kaedah-kaedah tersebut kurang menarik perhatian orang ramai dan tidak hairanlah kenapa bandar-bandar membangun menghadapi masalah pencemaran udara dan kesesakan jalan raya akibat daripada tidak mengamalkan pengangkutan mesra alam.

Daripada pemerhatian yang dilakukan,terdapat beberapa contoh pengangkutan yang boleh digunakan bagi mewujudkan persekitaran yang sihat:-


Penggunaan sistem transit ringan (LRT) di kawasan perumahan

Aktiviti berbasikal dan berjalan kaki dianggap sebagai salah satu langkah bagi mewujudkan kehidupan yang lebih sihat. Berbasikal dan berjalan kaki merupakan pilihan yang bijak sekiranya destinasi berada dalam lingkungan 1 kilometer. Dengan ini secara tidak langsung juga kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dan kehidupan hijau dapat dicapai.



Sunday, July 18, 2010

Kemiskinan Pinggir Bandar-The Rural Urban Fringe

Ramai di kalangan kita sering mengaitkan kawasan pinggir bandar dengan isu kemiskinan. Hal ini kerana fenomena kemiskinan ini berlaku seiring dengan pertumb uhan dan pembangunan ekonomi yang relatifnya tinggi. Sebahagian besar Negara Sed ang Membangun (NSM) mengalami pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi, namun faedah daripada pertumbuhan dan pembangunan tersebut menjadikan bilangan golongan miskin terus meningkat.
Ketidakseimbangan ini berlaku disebabkan oleh kurangnya perancangan dalam pembangunan bagi kawasan pinggir Bandar.Disebabkan tekanan pembangunan di kawasan Bandar yang maju contohnya Kuala Lumpur menjadikan guna tanah pinggir Bandar tidak dihiraukan.
Ditambah pula dengan persaingan antara pemaju yang mementingkan keuntungan, membina petempatan berhampiran pinggir Bandar tanpa menghiraukan keadaan penduduk.oleh itu tidak hairanlah kenapa pinggir Bandar dikaitkan dengan kemiskinan di mana wujudnya jaringan infrastruktur yang tidak lengkap,penyelerakan perumahan yang tidak tersusun dan masalah kemudahan awam yang tidak mencukupi.