Monday, October 11, 2010

PENGALAMANKU MEMBUAT SURVEY....

Banyak pengalaman telah saya lalui sebelum ini sepanjang melakukan survey bagi mendapatkan maklumat untuk pembelajaran saya..Namun lawatan tapak bagi subjek Elektif Rural pada saya meninggalkan banyak kenangan.Pertama kali menjejakkan kaki kat kawasan perumahan kos rendah berdekatan Masjid Jamek perling,perasaan takut pun ada..Mana tidaknya kawasan tersebut sunyi ditambah lagi dengan keadaan kawasan yang tidak terurus..Banyak sampah sarap bertaburan ditambah pula dengan bau yang kurang enak..Namun perjuangan harus diteruskan bagi mendapatkan maklumat..

Apa yang saya dapati kawasan perumahan tersebut lenggang dan tiada orang ketika kami mengetuk pintu dari satu rumah ke satu rumah.Mungkin pada masa tersebut ramai penduduk telah bekerja disebabkan hari kami membuat survey adalah pada hari selasa..Kami gagahi juga biar pun terpaksa berpanas terik.Berlandaskan kepada kesabaran kami akhirnya kami berjaya juga mendapat sedikit maklumat daripada mereka.Mungkin sebab silap kami kot tidak pandai berkomunikasi dengan penduduk di situ.

Pada petangnya pula setelah berehat dan solat di Masjid Perling,kami teruskan lagi usaha mendapatkan maklumat.Walaupun badan sangat letih,namun kami teruskan juga..Sebenarnya ramai di kalangan kawan-kawan sudah tidak berdaya untuk sambung balik survey ini namun atas dorongan dan bimbingan Dr Anuar kami gagahi juga.Berkat dari kesabaran dan perjuangan sebenarnya ada hikmah di sebaliknya.Di satu rumah,saya tidak sangka ada seorang penghuni mengalu-alukan kedatangan kami.Saya dan kawan-kawan telah dihidang dengan minuman dan dijamu dengan juadah kuih raya.Terharunya saya...macam diri dihargai sangat-sangat..terima kasih akak..

Friday, August 27, 2010

KEARAH PEMBANGUNAN SUBURBANIZATION DI MALAYSIA

Pembangunan yang berlaku di pinggir Bandar menggambarkan wujudnya perebakan yang berlaku dari bandar menuju ke pinggir bandar. Perebakan ini secara tidak langsung menyebabkan penduduk yang berada di pinggir bandar menerima tempiasnya akibat daripada pembangunan yang dijalankan.Seperti yang sedia maklum ,dulunya kawasan pinggir bandar merupakan kawasan perkampungan yang masih kekal dengan suasana yang aman dan damai yang mempunyai semangat kejiranan telah ditebus guna untuk aktiviti pembangunan menyebabkan petempatan penduduk ini terganggu. Ini adalah salah satu penyebab banyak berlakunya peningkatan urban sprawl di pinggir Bandar.


Untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlaku,konsep ‘smart growth’ perlu ditekankan di negara kita Malaysia . ‘Smart growth’ merupakan satu langkah bagi menyelesaikan masalah perebakan Bandar ke pinggir Bandar di mana penekanannya adalah kepada pembaikan pembangunan dan bukannya kepada penghapusan terus pembangunan yang ada di pinggir Bandar.Untuk itu beberapa prinsip yang ada di dalam “smart growth” perlu diterapkan di dalam perancangan bandar dan desa di Malaysia.

Monday, August 16, 2010

SUBURBANIZATION STUDY-LAWATAN TAPAK DI PINGGIR BANDAR METROPOLITAN JOHOR BAHRU.


Lawatan tapak pembangunan suburbanization telah diadakan baru-baru ini pada tanggal 10/8/2010 di mana kami telah melawat beberapa kawasan pinggir Bandar Johor Bahru iaitu meliputi kawasan Kg Melayu 5 Kedai,Pekan Gelang Patah,Leisure Farm Housing Estate,Nusajaya.Bukit Indah,Taman Perling-Uda Utama dan Perkampungan Kempas.


Sepanjang lawatan yang diadakan iaitu di Kg. Melayu 5 Kedai, didapati bahawa jalan masuk ke kampung ini adalah sempit .Namun tidak dinafikan gateway(pintu masuk) ke kampung ini menarik dan dapat difahami oleh orang luar.


Kampung Melayu 5 Kedai



Selain daripada itu,Pekan Gelang Patah juga mengalami tempias daripada kesan wujudnya limpahan perbandaran di mana jarak antara projek pembinaan pembangunan adalah dalam jarak 1km sahaja daripada Pekan Gelang Patah.


Terdapat juga pemandangan yang tidak elok berhampiran dengan stesen bas dan teksi bagi pekan lama Kg Gelang Patah di mana wujudnya satu kawasan perumahan yang terbengkalai dan tidak terjaga.Hal ini sepatutnya diselesaikan oleh planner-planner sekarang bagi mewujudkan ‘first impression’ yang menarik sekiranya pelancong datang ke kampung ini.


Kampung Gelang Patah


Antara tumpuan tempat yang mendapat tarikan orang ramai di sekitar pinggir bandar adalah Leisure Farm Housing Estate dan juga Bukit Indah.Tempat-tempat ini mendapat tumpuan orang ramai disebabkan oleh adanya kemudahan infrastruktur dan utiliti yang cukup berbanding dengan kawasan perkampungan.


Leisure Farm

Giant Bukit Indah


Wednesday, August 11, 2010

~Rebakan Bandar~



Gelombang sistem ekonomi yang pesat telah menyebabkan aturan guna tanah bandar di Malaysia berubah corak dan semakin menular ke kawasan pinggiran iaitu Proses Limpahan Pembangunan Ke Pinggiran Bandar (Urban Sprawl). Akan tetapi fahaman tentang proses peminggiran masih kurang mendapat perhatian dari pihak perancang maka banyak masalah tidak dapat ditangani, walaupun banyak usaha dan

kewangan telah dibelanja untuk menaik taraf kualiti dalam bidang pembangunan

perumahan dan rangkaian jalan raya.


Permintaan untuk tapak perniagaan yang tinggi di kawasan perniagaan di pusat bandar telah menyebabkan kawasan perumahan di tengah bandar tertolak ke pinggir Bandar amnya di Bandar Johor Bahru.Selain daripada itu, penyelerakan fungsi bandar ke kawasan pinggir bandar terutamanya industri, pelancongan, pentadbiran juga telah menyebabkan penduduk turut tertarik ke pinggir bandar.


Isu yang dapat dilihat ialah pembinaan rumah-rumah turut berkembang di kawasan pinggir bandar ia merupakan satu gelombang pembangunan yang pesat.

Kalau fenomenon ini tidak difahami dan diambil berat maka pembangunan yang

dijalankan oleh pihak berkuasa sekarang sudah pasti akan terus menhadapi masalah yang begitu rumit sekali baik dalam isu pembangunan perumahan mahupun dalam isu yang berhubung dengan rangkaian jalan raya.


Oleh kerana kemudahan rangkaian jalan raya moden lebih bertumpu di kawasan pusat bandar maka terdapat kecenderungan penduduk yang tinggal sehampir yang mungkin dengan kawasan pusat.Perbelanjaan yang untuk membina jalan-jalan pengangkutan menyebabkan kebanyakan jalan yang wujud adalah sempit, bangunan-bangunannya adalah rendah bersifat kompak atau padat (Lee Kok Chai, 1996; 1998).



Sunday, July 25, 2010

PRINSIP NEW URBANISM -GREEN TRANSPORTATION-

Green Transportation (Pengangkutan Mesra Alam) merupakan salah satu daripada 10 prinsip yang terdapat dalam mewujudkan New Urbanism. Green Transportation merujuk kepada sebarang jenis pengangkutan yang mempunyai kesan yang rendah terhadap alam sekitar termasuk aktiviti berjalan kaki dan berbasikal, transit berorientasikan pembangunan contohnya sistem transit ringan (LRT), bas dan keretapi (KTM) dan perkongsian kereta. Kaedah-kaedah yang diamalkan dalam pengangkutan mesra alam ini secara tidak langsung mempromosikan gaya hidup sihat dan mengelakkan daripada wujudnya masalah pencemaran.Namun begitu,kaedah-kaedah tersebut kurang menarik perhatian orang ramai dan tidak hairanlah kenapa bandar-bandar membangun menghadapi masalah pencemaran udara dan kesesakan jalan raya akibat daripada tidak mengamalkan pengangkutan mesra alam.

Daripada pemerhatian yang dilakukan,terdapat beberapa contoh pengangkutan yang boleh digunakan bagi mewujudkan persekitaran yang sihat:-


Penggunaan sistem transit ringan (LRT) di kawasan perumahan

Aktiviti berbasikal dan berjalan kaki dianggap sebagai salah satu langkah bagi mewujudkan kehidupan yang lebih sihat. Berbasikal dan berjalan kaki merupakan pilihan yang bijak sekiranya destinasi berada dalam lingkungan 1 kilometer. Dengan ini secara tidak langsung juga kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dan kehidupan hijau dapat dicapai.



Sunday, July 18, 2010

Kemiskinan Pinggir Bandar-The Rural Urban Fringe

Ramai di kalangan kita sering mengaitkan kawasan pinggir bandar dengan isu kemiskinan. Hal ini kerana fenomena kemiskinan ini berlaku seiring dengan pertumb uhan dan pembangunan ekonomi yang relatifnya tinggi. Sebahagian besar Negara Sed ang Membangun (NSM) mengalami pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi, namun faedah daripada pertumbuhan dan pembangunan tersebut menjadikan bilangan golongan miskin terus meningkat.
Ketidakseimbangan ini berlaku disebabkan oleh kurangnya perancangan dalam pembangunan bagi kawasan pinggir Bandar.Disebabkan tekanan pembangunan di kawasan Bandar yang maju contohnya Kuala Lumpur menjadikan guna tanah pinggir Bandar tidak dihiraukan.
Ditambah pula dengan persaingan antara pemaju yang mementingkan keuntungan, membina petempatan berhampiran pinggir Bandar tanpa menghiraukan keadaan penduduk.oleh itu tidak hairanlah kenapa pinggir Bandar dikaitkan dengan kemiskinan di mana wujudnya jaringan infrastruktur yang tidak lengkap,penyelerakan perumahan yang tidak tersusun dan masalah kemudahan awam yang tidak mencukupi.