Monday, October 11, 2010

PENGALAMANKU MEMBUAT SURVEY....

Banyak pengalaman telah saya lalui sebelum ini sepanjang melakukan survey bagi mendapatkan maklumat untuk pembelajaran saya..Namun lawatan tapak bagi subjek Elektif Rural pada saya meninggalkan banyak kenangan.Pertama kali menjejakkan kaki kat kawasan perumahan kos rendah berdekatan Masjid Jamek perling,perasaan takut pun ada..Mana tidaknya kawasan tersebut sunyi ditambah lagi dengan keadaan kawasan yang tidak terurus..Banyak sampah sarap bertaburan ditambah pula dengan bau yang kurang enak..Namun perjuangan harus diteruskan bagi mendapatkan maklumat..

Apa yang saya dapati kawasan perumahan tersebut lenggang dan tiada orang ketika kami mengetuk pintu dari satu rumah ke satu rumah.Mungkin pada masa tersebut ramai penduduk telah bekerja disebabkan hari kami membuat survey adalah pada hari selasa..Kami gagahi juga biar pun terpaksa berpanas terik.Berlandaskan kepada kesabaran kami akhirnya kami berjaya juga mendapat sedikit maklumat daripada mereka.Mungkin sebab silap kami kot tidak pandai berkomunikasi dengan penduduk di situ.

Pada petangnya pula setelah berehat dan solat di Masjid Perling,kami teruskan lagi usaha mendapatkan maklumat.Walaupun badan sangat letih,namun kami teruskan juga..Sebenarnya ramai di kalangan kawan-kawan sudah tidak berdaya untuk sambung balik survey ini namun atas dorongan dan bimbingan Dr Anuar kami gagahi juga.Berkat dari kesabaran dan perjuangan sebenarnya ada hikmah di sebaliknya.Di satu rumah,saya tidak sangka ada seorang penghuni mengalu-alukan kedatangan kami.Saya dan kawan-kawan telah dihidang dengan minuman dan dijamu dengan juadah kuih raya.Terharunya saya...macam diri dihargai sangat-sangat..terima kasih akak..

7 comments:

  1. Masalah sikap adalah milik individu...Semuga pengalaman dan keletihan menjadi pendorong kepada kejayaan. Senantiasa peka kepada tugas dan lakukan sebaik mungkin...Well done.

    ReplyDelete
  2. sedih ngn cara hidup mereka yang terbatas utk berinteraksi antara satu sama lain kerana hidup seperti dikongkong ..nasib mereka sebagai manusia pon perlu difikirkan bersama walaupun mereka majoriti nya berpendapatan rendah sahaja..

    ReplyDelete
  3. persekitaran dan cara hidup penghuni rumah flat ini menunjukkan yang kehidupan mereka yang kurang mempunyai interaksi sosial. persekitaran yang tidak terjaga dikawasan tersebut menunjukkan tiada pengurusan yang efektif dalam aspek kebersihan dan kemudahan-kemudahan yang lain. walaubagaimanapun mereka dapat menjalani hidup dengan cara yang tersendiri.

    ReplyDelete
  4. persekitaran yang kotor adalah perkara biase tambahan pula di perumahan flat yang masing-masing hanya mementingkan kehidupan sendiri tanpa memikirkan orang lain dan sikap tolong menolong. Namun tidak semua penduduk perumahan tersebut bersikap demikian...hanya segelintir sahaja...itulah realiti kehidupan.

    ReplyDelete
  5. rata-rata di kawasan pembangunan yang berbentuk flat ini skrg sudah kurang mengamalkan hubungan silaturrahim sesama sendiri...sbb itulah mreka tidak mempedulikan hal org lain dan hnya melakukan hal mereka sndiri..jd,apbla mslah smpah sarap yg brtburan ini berlaku,mereka mnggap itu bukanlah tggungjawab mreka.

    ReplyDelete
  6. diarang hidup dgn khidupan masing2 sje..tidak amek tahu ttg al jiran2....keadaan mrk juga tidak selesa...

    ReplyDelete
  7. memnag kita kene bersusah payah untuk dapatkan yang tgerbaik namun,..kalau x da usaha ape2 pon x dapat,..btl x?.

    ReplyDelete