Sunday, July 18, 2010

Kemiskinan Pinggir Bandar-The Rural Urban Fringe

Ramai di kalangan kita sering mengaitkan kawasan pinggir bandar dengan isu kemiskinan. Hal ini kerana fenomena kemiskinan ini berlaku seiring dengan pertumb uhan dan pembangunan ekonomi yang relatifnya tinggi. Sebahagian besar Negara Sed ang Membangun (NSM) mengalami pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi, namun faedah daripada pertumbuhan dan pembangunan tersebut menjadikan bilangan golongan miskin terus meningkat.
Ketidakseimbangan ini berlaku disebabkan oleh kurangnya perancangan dalam pembangunan bagi kawasan pinggir Bandar.Disebabkan tekanan pembangunan di kawasan Bandar yang maju contohnya Kuala Lumpur menjadikan guna tanah pinggir Bandar tidak dihiraukan.
Ditambah pula dengan persaingan antara pemaju yang mementingkan keuntungan, membina petempatan berhampiran pinggir Bandar tanpa menghiraukan keadaan penduduk.oleh itu tidak hairanlah kenapa pinggir Bandar dikaitkan dengan kemiskinan di mana wujudnya jaringan infrastruktur yang tidak lengkap,penyelerakan perumahan yang tidak tersusun dan masalah kemudahan awam yang tidak mencukupi.

9 comments:

  1. Bersetuju dengan fakta bahawa pemaju hanya memikirkan keuntungan semata-mata dalam menjalankan pembangunan tanpa melihat impak kepada masyarakat setempat..

    ReplyDelete
  2. Rata-rata mengaitkan sikap pemaju yang berlumba-lumba mengaut keuntungan dengan melaksanakan pembangunan yang pesat dipinggir bandar tanpa menghiraukan kepentingan penduduk. Tepatlah olahan yang dibuat berkaitan kemiskinan pinggir bandar tersebut.

    ReplyDelete
  3. betul...kadang ada pemaju yang terlalu tamakkan duit tak kira perasaan orang lain,.terus nak buat pembangunan kat kawasan tu.ish3,..nanti kita jangan jadi macam tu ye sebab kerja kita ni mulia,..menentukan hidup generasi akan datang.

    ReplyDelete
  4. setuju, pemaju yang menjalankan pembangunan di pinggir bandar biasanya tidak mengambil kira kepentinggan penduduk sekitarnya. Ini akan menyebabkan penduduk kawasan tersebut di himpit kemiskinan akibat peningkatan taraf hidup yang berlaku akibat dari pembangunan yang dibangunkan.

    ReplyDelete
  5. kebayakan pemaju memang mementingkan keuntungan dimana itu adalah sumber pendapatan mereka. masalah terjadi apabila pemaju terlalu mengambil keutungan yang melampau sehingga bertindak membabi buta memusnahkan kawasan hutan yang menjadi ajen penting sebagai kawasan tadahan air. masyarakat luar bandar yang tidak tahu apa2 juga menjadi mangsa eksploitasi pemaju@individu2 yang tidak bertanggung jawab tersebut.

    ReplyDelete
  6. memg tidak dinafikan pemaju masa kini lebih mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan impak yg akan berlaku hasil darpada pembangunan yang tidak terancang.

    ReplyDelete
  7. sy stuju dgn pndapat saudari..bumi kita ni dah tua sgt....pmbngunan yg dijalankan tanpa sempadan telah memberi impak yg besar kpd alam sekitar terutamanya,apa yg lebih pnting hnyalah keuntungan material semata2...padahal bumi yg selamat dan selesa untuk anak cucu diaorang jgak..kesannya kwassn bndar mjadi tidak seimbang dan ini memburukkan lg imej dan pemandangan kota berkenaan ,

    ReplyDelete
  8. pmbgunan bndar pada masa skrg byk dipngruhi oleh keuntungan wang serta kedudukan semata-mata tanpa memikirkan impak yang kan dihadapi oleh generasi pada masa kan dtg..disebabkan itu,byk trjdinya penyelewengan di dlm memjukan hartanah itu sendiri..yg akhirnya akan mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku di bndar serta kwsn pinggir bndar tersebut..

    ReplyDelete
  9. saya setuju dengan saudari hasliza, pemaju memang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan kepada pembangunan masa hadapan.Oleh itu, Penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan bagi meluluskan setiap pembangunan yang dijalankan untuk memastikan pembangunan lebih sistematik.

    ReplyDelete