Sunday, July 25, 2010

PRINSIP NEW URBANISM -GREEN TRANSPORTATION-

Green Transportation (Pengangkutan Mesra Alam) merupakan salah satu daripada 10 prinsip yang terdapat dalam mewujudkan New Urbanism. Green Transportation merujuk kepada sebarang jenis pengangkutan yang mempunyai kesan yang rendah terhadap alam sekitar termasuk aktiviti berjalan kaki dan berbasikal, transit berorientasikan pembangunan contohnya sistem transit ringan (LRT), bas dan keretapi (KTM) dan perkongsian kereta. Kaedah-kaedah yang diamalkan dalam pengangkutan mesra alam ini secara tidak langsung mempromosikan gaya hidup sihat dan mengelakkan daripada wujudnya masalah pencemaran.Namun begitu,kaedah-kaedah tersebut kurang menarik perhatian orang ramai dan tidak hairanlah kenapa bandar-bandar membangun menghadapi masalah pencemaran udara dan kesesakan jalan raya akibat daripada tidak mengamalkan pengangkutan mesra alam.

Daripada pemerhatian yang dilakukan,terdapat beberapa contoh pengangkutan yang boleh digunakan bagi mewujudkan persekitaran yang sihat:-


Penggunaan sistem transit ringan (LRT) di kawasan perumahan

Aktiviti berbasikal dan berjalan kaki dianggap sebagai salah satu langkah bagi mewujudkan kehidupan yang lebih sihat. Berbasikal dan berjalan kaki merupakan pilihan yang bijak sekiranya destinasi berada dalam lingkungan 1 kilometer. Dengan ini secara tidak langsung juga kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dan kehidupan hijau dapat dicapai.



7 comments:

  1. Hasliza, Banyak approach telah dipelopori di barat. Park @ Ride, LRT, MRT,HRT, Airbus, Metro, Cycling Route, Pedestrian Walkway, Subways, Car pool, Yellow Bus line, tramp, dll. Kena fikir mana yang sesuai, lojik dan rational. Back to the basics and related to the local environments. Planners kena perkemaskan some principle of design.

    ReplyDelete
  2. berjalan kaki atau berbasikal dalam bandar untuk ke sesuatu tempat amat baik kerana ia mampu mengurangkan masalah pencemaran dan kesesakkan lalu lintas. Ia perlu di terapkan supaya dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang mampan.

    ReplyDelete
  3. pengangkutan mesra alam amat penting untuk dilaksanakan kerana ianya mempunyai pelbagai faedah dan manfaat. Antaranya dapat mengurangkan pencemaran,kesesakan lalu lintas,dapat meningkatkan penggunaan perkhidmatan awam dan sebagainya. Ianya juga telah dilaksanakan di negara kita walaupun masih kurang penerapannya.

    ReplyDelete
  4. bgus2..green trnspotation pnting dlm mlksanakan new urbansm cncept.ia untuk mmastikan kawasan persekitaran tidak tercemar dan mesra alam. bnykkan kongsi kete,jalan kaki

    ReplyDelete
  5. penerapan penggunaan pengangkutan mesra alam adalah penting kerana dapat mengurangkan pencemaran alam dan dapat mewujudkan persekitaran yang berkualiti disamping dapat mengamalkan kehidupan yang sihat.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan saudari hasliza,pengangkutan mesra alam sekitar adalah sangat baik sekiranya digunapakai terutama digunapakai di Malaysia. Pelbagai mafaat yang diberikan untuk mengelakan berlaku masalah seperti pencemaran alam sekitar,kesesakan lalu lintas dan sebagainya.Aktiviti berbasikal dan berjalan kaki sangat bagus tetapi adakah mereka iaitu masyarakat mempraktikkan aktiviti ini?

    ReplyDelete
  7. Brazil da terkenal dengan green transport dan tidak mustahil kita mengaplikasikan di negara kita..perkara yang realistik dan memberi faedah kepada penduduk perlu diambil sebagai contoh kepada negara kita yang turut pesat membangun pada masa ini..

    * yg baik dijadikan teladan dalam perancangan..

    ReplyDelete