Wednesday, August 11, 2010

~Rebakan Bandar~



Gelombang sistem ekonomi yang pesat telah menyebabkan aturan guna tanah bandar di Malaysia berubah corak dan semakin menular ke kawasan pinggiran iaitu Proses Limpahan Pembangunan Ke Pinggiran Bandar (Urban Sprawl). Akan tetapi fahaman tentang proses peminggiran masih kurang mendapat perhatian dari pihak perancang maka banyak masalah tidak dapat ditangani, walaupun banyak usaha dan

kewangan telah dibelanja untuk menaik taraf kualiti dalam bidang pembangunan

perumahan dan rangkaian jalan raya.


Permintaan untuk tapak perniagaan yang tinggi di kawasan perniagaan di pusat bandar telah menyebabkan kawasan perumahan di tengah bandar tertolak ke pinggir Bandar amnya di Bandar Johor Bahru.Selain daripada itu, penyelerakan fungsi bandar ke kawasan pinggir bandar terutamanya industri, pelancongan, pentadbiran juga telah menyebabkan penduduk turut tertarik ke pinggir bandar.


Isu yang dapat dilihat ialah pembinaan rumah-rumah turut berkembang di kawasan pinggir bandar ia merupakan satu gelombang pembangunan yang pesat.

Kalau fenomenon ini tidak difahami dan diambil berat maka pembangunan yang

dijalankan oleh pihak berkuasa sekarang sudah pasti akan terus menhadapi masalah yang begitu rumit sekali baik dalam isu pembangunan perumahan mahupun dalam isu yang berhubung dengan rangkaian jalan raya.


Oleh kerana kemudahan rangkaian jalan raya moden lebih bertumpu di kawasan pusat bandar maka terdapat kecenderungan penduduk yang tinggal sehampir yang mungkin dengan kawasan pusat.Perbelanjaan yang untuk membina jalan-jalan pengangkutan menyebabkan kebanyakan jalan yang wujud adalah sempit, bangunan-bangunannya adalah rendah bersifat kompak atau padat (Lee Kok Chai, 1996; 1998).



8 comments:

  1. Sekarang ramai penduduk yang bekerja di pusat bandar tidak lagi memilih untuk tinggal dekat dengan tempat mereka bekerja. Kerana keadaan yang agak padat dan sibuk. Ini membuatkan mereka tidak selesa untuk tinggal di situ. Jadi mereka snggup tinggal di tempat lebih jauh dan tenang. Kerana sekarang telah mempunyai sistem perhubungan jalanraya yang baik. Di samping dapat sampai ke tempat kerja dalam masa yang singkat walaupun pada jarak yang jauh.

    ReplyDelete
  2. Pembangunan masih diperlukan di kawasan-kawasan pinggir bandar. Smart growth menggalakkan mix development, center di rancang di sekitar bandar supaya daily urban cummuter dapat dikurangkan. Public transportation dipertingkat. Kurangkan depencence kepada private vehicle. Good, Last post but not least.

    ReplyDelete
  3. satu pandangan yang baik dan jelas..keadaan di bandar yang semakin sesak akibat pembangunan mengakibatkan pemaju mencari alternatif lain seperti mencari kawasan di pinggir bandar untuk melebarkan kawasannya. Justeru itu, kawasan di pinggir bandar terpaksa menerima perlimpahan bandar tanpa kerelaannya oleh pemaju-pemaju yang tidak pernah memikirkan kesan disebaliknye..

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan saudari hasliza,perkembangan dan pembangunan yang selalu bertumpu dipusat bandar menyebabkan rebakan bandar di pinggir bandar berlaku.Masyarakat terpaksa menerima pelbagai impak positif dan nagetif.Renungkan lah....he3

    ReplyDelete
  5. pembangunan yang sering tertumpu di pusat-pusat bandar menyebabkan kawasan pinggir bandar dan penduduknya menjadi mangsa keadaan dengan wujudnya pembangunan-pembangunan di kawasan pinggir bandar. Namun demikian, masalah ini ada baiknya jika dilihat dalam aspek yang berbeza. contohnya, penduduk pinngir bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka dengan wujudnya peluang-peluang pekerjaan dan kemudahan-kemudahan yang dapat memberi keselesaan. Apa yang penting setiap pembangunan mestilah mempunyai perancangan yang tepat dan meminimumkan kesan negatif terhadap alam mahupun masyarakat.

    ReplyDelete
  6. mengapa tidak perancangan masa kini lebih ditumpukan kepada perancanagan menaiktarafkan sistem pengangkutan awam dimalaysia daripada membuat peruntukan untuk melebarkan jalan dan membuat sisitem jalan raya yang baru..apabila perancangan jalan ini semakin baik dan bagus secara tidak langsung akan menggalakan masyarakat menggunakan kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal untuk berhubung dari 1 kawasan ke kawasan yang lain..

    bila pembinaan jalan semakin berleluasa untuk menampung jumlah kenderaan maka akan manyebabkan pembanguna berlaku seiring dengan jalan-jalan baru tersebut dan menyebabkan berlakunya rebakan bandar ke kawasan pinggir2 bandar yang memberi kesan kepada penduduk setempat di pinggir bandar dari aspek fizikal,sosial dan ekonomi dikwasan tersebut..

    ReplyDelete
  7. salam sume..
    diba juga bersetuju dgn liza..pmbangunan yg dilakukan tanpa batasan di bandar telah mnyebabkan ia tertolak hingga ke kawasan pinggir2 bandar..

    ReplyDelete
  8. jaringan jalanraya yang baik banyak memnbantu pembangunan sesebuah kawasan sehinggalah terjadinya isu rebakkan ke pinggir bandar

    ReplyDelete