Lawatan tapak pembangunan suburbanization telah diadakan baru-baru ini pada tanggal 10/8/2010 di mana kami telah melawat beberapa kawasan pinggir Bandar Johor Bahru iaitu meliputi kawasan Kg Melayu 5 Kedai,Pekan Gelang Patah,Leisure Farm Housing Estate,Nusajaya.Bukit Indah,Taman Perling-Uda Utama dan Perkampungan Kempas.
Sepanjang lawatan yang diadakan iaitu di Kg. Melayu 5 Kedai, didapati bahawa jalan masuk ke kampung ini adalah sempit .Namun tidak dinafikan gateway(pintu masuk) ke kampung ini menarik dan dapat difahami oleh orang luar.
Kampung Melayu 5 Kedai
Selain daripada itu,Pekan Gelang Patah juga mengalami tempias daripada kesan wujudnya limpahan perbandaran di mana jarak antara projek pembinaan pembangunan adalah dalam jarak 1km sahaja daripada Pekan Gelang Patah.
Terdapat juga pemandangan yang tidak elok berhampiran dengan stesen bas dan teksi bagi pekan lama Kg Gelang Patah di mana wujudnya satu kawasan perumahan yang terbengkalai dan tidak terjaga.Hal ini sepatutnya diselesaikan oleh planner-planner sekarang bagi mewujudkan ‘first impression’ yang menarik sekiranya pelancong datang ke kampung ini.
Kampung Gelang Patah
Antara tumpuan tempat yang mendapat tarikan orang ramai di sekitar pinggir bandar adalah Leisure Farm Housing Estate dan juga Bukit Indah.Tempat-tempat ini mendapat tumpuan orang ramai disebabkan oleh adanya kemudahan infrastruktur dan utiliti yang cukup berbanding dengan kawasan perkampungan.
Leisure Farm
Giant Bukit Indah
Pengalaman yang menarik... Untuk menjadi Planner yang baik dan menyumbang, kita perlu banyak idea yang berkesan dan berguna untuk pembangunan negara dan masyarakat setempat jua. Cuma kena berfikir lebih sikit dari orang lain. Teruskan berusaha...
ReplyDeletepembangunan yang dijalankan membawa kebaikan dan juga keburukan. perancangan yang tepat akan membolehkan sesuatu pembangunan dilaksanakan secara terancang dan memberi kepentingan kepada semua pihak.kampung-kampung yang dihimpit arus pembangunan harus diambil perhatian serius.
ReplyDeletekehadiran pelancong ke kawasan berkenaan bolehlah dikatakan suatu perkara yang mustahil untuk berlaku sekiranya keadaan masih seperti sekarang. dengan keadaan kampung yang tiada apa-apa tarikan, bagaimana mungkin pelancong akan datang??justeru, pihak yang terlibat perlulah mengambil usaha lebih drastik dalam mewujudkan tarikann terhadap kawasan berkenaan supaya keadaan menjadi lebih baik...
ReplyDeletepada saya,kemajuan yang terlalu pesat tidak mendatangkan banyak kebaikan dan keburukan.Semuanya perlukan perancangan yang baik dan sistematik.Jangan terlalu mengejarkan kemajuan tanpa memikirkan kesan di sebalik kemajuan tersebut.
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletebak kate dr anuar, pmbangunan yg drancang untuk setiap tmpat haruslah seimbang..pmbngunan yg igin dimajukan hendaklah seiring dgn permintaan di tmpat itu..tidak perlulah pusat membeli belah yg bnyk di satu2 tmpat yg terpinggir dr kota..bg sy itu tidak perlu
Betul tu saya setuju, perletakan pusat membeli-belah yang lebih meluas dapat memberikan kemudahan yang lebih meluas kepada penduduk di JB.
ReplyDeleteDon't judge a book by its cover..maybe sesuai digambarkan dengan Kg Melayu ini...
ReplyDeleteSAYA pown setuju jugak dengan pandangan cik hasalizza kerana mana mungkin bak kata fairuz n perletakkan bak kata azman,ini lebih kepada isu -isu terperinci terhadap masalah pemabangunan
ReplyDeletekawasan-kawasan seperti Leisure Farm Housing Estate dan juga Bukit Indah sememangnya mampu menarik perhatian untuk sektor pelancongan namun adkah kawasan-kawasan ini memberi keuntungan kepada penduduk asal pinggir bandar johor bahru?
ReplyDeletepembangunan setiap kampung atau kawasan perlulah seiring dengan keperluan,kepentingan,keselesaan dan keutamaan penduduk agar pembangunan yang di jalankan memberi kebaikan dan faedah kepada semua kelompok masayarakat.
ReplyDeleteKewujudan masalah perumahan yyang terbengkalai dan tidak diselenggara akan merosakkan imej sesebuah tempat. Jadi,pengurusan untuk membersihkannya semula amat perlu dilakukan agar tiada maslah lain yang akan timbul sepeti peningkatan kegiatan jenayah dan pembiakan nyamuk-nyamuk eades.
ReplyDeletemasyarakat setempat berasa tertekan dengan pembanguna yang berlaku disekeliling..kenaikan harga menghantui mereka disebabkan pembangunan sekeliling..bangunan2 lama usang dan tidak ada penyelengaraan dan persekitaran tidak dijaga menyebabkan kawasan ke arah pasar berbau busuk dan kotor..
ReplyDelete*suasana di pekan lama gelang patah